
ADAKAH SANITISER ANDA BERNOTIFIKASI ATAU BERDAFTAR?
- #DontBeTheOne, #StrokePrevention, baby nadif, bayi selesema, bloodpressureandstroke, citrexflexo, diabetes awareness month, hadiah set haji, haji, hajj, haze, healthyaging, hidung bayi tersumbat, Highbloodpressure, kosmetik, Market Trends, pendaftarankosmetik, penyedut hingus bayi, perozin, pinkbeauty, productlabel, royalediabetessale, sandwich recipe, sanitiser, set haji, Set haji & Umrah, set umrah, tips kekal sihat ketika haji, umrah, world vegan day, worldstrokeday
- 19 Jun, 2020
ADAKAH SANITISER ANDA BERNOTIFIKASI ATAU BERDAFTAR?
Mana-mana syarikat yang mengeluarkan produk hand sanitiser mestilah mengemukakan notifikasi atau pendaftaran kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perintah berikut adalah untuk memastikan produk sanitiser yang dijual berkualiti, selamat dan berkesan untuk pengguna.
Sebagai pengguna bijak, kita juga mestilah berwaspada terhadap setiap produk sebelum melakukan pembelian. Anda boleh menyemak maklumat notifikasi atau pendaftaran produk hand sanitiser anda di alamat sesawang rasmi NPRA sebelum membeli. Klik pada pautan dibawah untuk mengetahui notifikasi atau pendaftaran produk:
https://www.npra.gov.my/index.php/en/
Caranya:
- Pilih kategori produk samada produk kosmetik atau farmaseutikal
- Carian melalui (nama produk/ nombor notifikasi/ pemegang notifikasi/ nama pengilang/pengimport)
- Carian
Sekiranya produk tersebut mempunyai notifikasi atau telah berdaftar, maklumat produk akan tertera pada halaman tersebut. Jika produk tersebut tidak bernotifikasi atau tidak berdaftar, tiada maklumat akan tertera.
Untuk makluman, hand sanitiser di bahagikan kepada 2 kategori iaitu produk kosmetik dan produk generik (bukan racun berjadual/OTC). Pilih kategori yang betul dan maklumat notifikasi atau pendaftaran produk akan tertera pada halaman tersebut.
Ekoran penularan Wabak Covid-19 di negara kita, permintaan terhadap hand sanitiser semakin tinggi. Ramai usahawan mengambil peluang ini mengeluarkan sanitiser jenama sendiri untuk memenuhi permintaan pasaran yang agak tinggi. Namun soalnya disini, adakah sanitiser yang anda beli telah berdaftar atau bernotifikasi dengan NPRA? Fikirkan dan jadilah pengguna bijak!
.
Tebus