
CARA MENGESAHKAN PENDAFTARAN KOSMETIK
- #DontBeTheOne, #StrokePrevention, baby nadif, bayi selesema, bloodpressureandstroke, citrexflexo, diabetes awareness month, hadiah set haji, haji, hajj, haze, healthyaging, hidung bayi tersumbat, Highbloodpressure, kosmetik, Market Trends, pendaftarankosmetik, penyedut hingus bayi, perozin, pinkbeauty, productlabel, royalediabetessale, sandwich recipe, sanitiser, set haji, Set haji & Umrah, set umrah, tips kekal sihat ketika haji, umrah, world vegan day, worldstrokeday
- 22 Oct, 2019
Sumber dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
Semua produk kosmetik yang dipasarkan di Malaysia perlu mendapatkan notifikasi daripada Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum produk kosmetik tersebut boleh dikilang, diimport atau dijual di Malaysia. Syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik tersebut perlu mengemukakan notifikasi kepada NPRA sebelum produk tersebut dipasarkan.
Sebagai pengguna yang bijak, pengguna boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi NPRA atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ sebelum membeli dan menggunakan sesuatu produk kosmetik.
Aplikasi yang boleh digunakan:
Atau
Layari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan kriteria-kriteria seperti berikut1:
- Nama produk
- Nombor notifikasi
- Pemegang notifikasi
- Kandungan bahan
- Nama pengilang
Jika produk tersebut mempunyai notifikasi, nama produk, nombor notifikasi, nama dan alamat serta nombor telefon pemegang notifikasi akan tertera. Jika produk tersebut tidak bernotifikasi, tiada maklumat akan tertera.
Sumber:
Norliza. (2017, May 24). Kenali kosmetik anda. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/kenali-kosmetik-anda/